Monday, December 29, 2008
Azam Ooo Azam...
Kini tahun baru hijrah 1430 tiba menggantikan tahun hijrah 1429. Sekejap saja kan? Ya,masa berlalu dengan amat pantas skali, tup tap tup tap...dah habis setaun. Selalunya kita masih rasa azam taun lepas pun tak tertunai lagi..kan?hm. Biasa la tu...manusia ni memang lemah. Hanya mereka yg selalu beringat saja yg beruntung.
Firman Allah "Demi masa. Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian. Kecuali mereka yang senantiasa berpesan2 dengan kebenaran dan kesabaran"
So...taun baru hijrah ni dan taun baru 2009 ni...berazamlah untuk menunaikan azam anda k! (^_^)
Tuesday, December 16, 2008
Pilih jangan tak pilih..
Hari2 cuti saya yang singkat di rumah selain memenuhi jemputan kenduri kahwin dan membaca, saya manfaatkan dengan berbudi kepada tanah;tanam pokok serai, pandan, cili, pisang. Seronok sebenarnya bercucuk tanam ni. Dapat melihat hasil yang kita usahakan merupakan satu kepuasan buat diri saya. Begitu juga dalam setiap urusan harian kita. Apa-apa yang kita usahakan, semestinya kita mengharapkan hasil atau keputusan yang positif, namun di sana kadang kala keputusan ataupun hasil daripada usaha kita tidak seperti yang diharapkan. Kadang kala kita kecewa...namun kita tetap pasrah dengan ketentuanNya kan? Menarik betul hidup ni. Macam2 ada.
Ha, bercakap pasal pilihan...baru sekejap tadi saya mengait buah jambu air yang merimbun di tepi rumah. Kena pilih yang dah ranum, baru kait. Eh, kait buah jambu air? bukan buah ni luruh sendiri ka? Sebenarnya buah ni akan luruh dengan sendiri, tapi disebabkan buah ni agak 'manja' , bila jatuh maka hancurlah sana sini...dah tak boleh nak makan. Tu lah sebabnya saya kait.
Alkisah semasa mengait tu..saya lihat banyak yang dah ranum, ada yang tinggi-susah nak kait, ada yang boleh ambik dengan tangan ja. Berpeluh jugak la masa dok 'riki2'(tengok2) buah yang dah cukup umur. Apabila sasaran dah dikenal pasti, maka oleh dengan itu bermulah proses mengait...kait punya kait, tengok2 dah dekat nak penuh satu baldi. Rasa macam dah tak dak lagi yang masak/ranum. Aik, bila tengok atas rupanya banyak lagi yang boleh dikait.
"Hai...banyak lagi yang ada potensi untuk dikait...hm,tak larat dah nak kait. Lain kali la pulak.."
Lantas secara spontan otak saya mengaitkan peristiwa yang sedang berlaku itu dalam ruang lingkup kehidupan harian kita. Dalam hidup ini, banyak sebenarnya yang ingin kita capai, yang kita nak dan sebagainya. Tapi, apakan daya...kemampuan kita terhad, kita tak mampu memiliki atau mencapai semuanya dalam satu-satu masa dan ada ketikanya, kita langsung terlepas semuanya. Maka tidak dapat tidak, kita terpaksa membuat pilihan... dan semestinya, kita mesti pilih yang terbaik.
Dalam membuat pilihan, tak boleh la main pilih ikut suka saja atau ikut hawa nafsu. Kita kena senantiasa berpandukan kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Allah berfirman
"Diwajibkan kamu berperang, sedangkan ia yang kamu benci. Boleh jadi sesuatu yang kamu benci itu amat baik untuk kamu dan boleh jadi sesuatu yang kamu sukai pula amat buruk untuk kamu. Allah Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui." Al-Baqarah:216.
Dalam ayat di atas, jelas lagi nyata Allah memberi peringatan kepada kita dalam membuat pilihan. Bertanyalah kepada orang yang alim(orang yang berilmu dan beramal dengan ilmunya). untuk bertanyakan pendapat mereka. Bertanyalah jugak kepada orang yang lebih tua...sebab mereka makan garam dulu daripada kita, banyak pengalaman dan pengajaran yang kita boleh pelajari daripada mereka. Dan yang paling penting, jangan lupa solat sunat istikarah...Rasulullah Sollallahualaihiwsallam menggalakkan kita buat solat sunat istikarah apabila kita mengalami kesukaran dalam membuat pilihan. Ha, bukan masa nak pilih calon suami atau isteri saja. Orang kita ni, kalau dengar istikarah ja mesti ingat pasal nak menikah saja...
Akhir kata, buatlah pilihan yang tepat sebab pilihan yang kita buat akan memberi kesan dalam kehidupan kita di dunia ni dan di akhirat kelak...
Selamat memilih!
p/s:memilih ye, bukan mengundi... (^_^)
Saturday, December 13, 2008
ketuanan melayu?...
Pertamanya, terima kasih kepada Dr. Sid kerana menanyakan komen saya akan topik hangat yang sedang diperdebatkan banyak pihak di waktu sekarang ini...saya tidak minat sangat ingin 'mengomen' akan isu ini...tapi...dah ada orang bertanya, saya jawablah sikit2 ya...so, komen saya...
Saya sebenarnya sangat suka jika kita merujuk kepada sejarah peradaban manusia...lebih2 lagi sirah Rasulullah Sollallahualaihiwasallam. Baginda adalah pemimpin agung dunia yang mana ketika hidupnya telah menyatukan pelbagai bangsa di bawah satu panji...iaitu panji agama, yakni Islam. Di bawah panji agama ini, umat Baginda telah diajar tiada beza antara bangsa, warna kulit, rupa paras atau sebagainya kecuali mereka adalah hamba Allah Subhanahuataala. Meski mereka itu Muslim mahupun tidak. Manusia adalah sama sahaja pada undang-undang Allah, Tuhan yang menciptakan alam ini. Cuma yang membezakan kita adalah ketaqwaan kepada Allah.
Islam mengajar kepada kita(kalau yg betul2 faham Islam la..)kesamarataan dan menolak keras diskriminasi. Sebagaimana sabda Rasulullah Sollallahualaihiwasallam dalam satu hadis
"Wahai manusia, Tuhan kamu adalah satu dan moyang kamu adalah satu(Nabi Adam alaihissalam). Tidaklah lebih bagus seorang Arab berbanding seorang yang bukan Arab dan seorang yang bukan Arab tidaklah lebih bagus daripada seorang Arab dan seorang yang putih tidaklah lebih bagus daripada seorang yang hitam dan tidaklah juga seorang yang hitam lebih baik daripada seorang yang putih melainkan ketaqwaannya. Sesungguhnya orang yang paling tinggi darjatnya dalam kalangan kamu adalah orang yang paling tinggi ketaqwaannya kepada Allah Subhanahuataala" au kama qal
Inilah ajaran Islam yang sungguh suci lagi murni. Sayangnya, 'bapa kemerdekaan' negara ini mungkin sekali kurang pengetahuan tentang ajaran Islam yang sebenar dan tidak memperjuangkan konsep ini semasa penggubalan Perlembagaan Malaysia...mungkin juga dek rakyat jelata yang amat kurang kefahaman Islam pada 50 tahun dahulu..maka masing2 memperjuangkan hak 'Ketuanan Melayu' yang kadang2 mereka sendiri tidak faham...alkisah terjadilah kemelut yang sedang berlaku dahulu, kini dan selamanya jika 'pemurniaan' ke atas isu ini tidak dilakukan..
Panjang lagi ingin saya huraikan..tapi masa tak mengizinkan. InsyaAllah jika saya kelapangan, saya akan ulas lagi..Saudara Dr.Sid juga boleh melihat komen2 di webpage yang saya sertakan di bawah
http://harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=13238&Itemid=28
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/4/29/nation/21094851&sec=nation
http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/13758-drm-says-there-is-no-ketuanan-melayu-without-parity
http://blog.limkitsiang.com/2008/02/07/a-malay-view-of-ketuanan-melayu/
http://www.malaysiakini.com/columns/53434
http://www.malaysianbar.org.my/berita/komen_undang_undang/ketuanan_melayu_tercabar_kaum_lain_lebih_dominan_dari_segi_politik_ekonomi_tengku_faris.html
http://thenutgraph.com/ketuanan-melayu-failed-model
Saturday, November 22, 2008
Depa(diorang) pun 'kenduri' ?
Ok, back to our story...masa memandu dengan riangnya kat highway tu...tiba2 saya baru teringat nak call kawan. Sebenaqnya dia tumpang barang adik dia dalam keta ni...so, sat lagi kena la singgah rumah dia. Saya pun talipon la dia...''tut tut...tut tut..helo, assalamualaikum..''. Maka dengan itu kami pun bersembangla...
Masa tengah besembang tu, terlintas dalam fikiran saya.."ish..kalau terjumpak abg polis..kena saman aku ni"..seyugia saya pun mengambil keputusan untuk berhenti sekejap di kawasan rehat yang disediakan. Bila dah jumpa parking, terus saya memarking dengan perfectnya...dan meneruskan perbualan di talipon. SAmbil2 menyembang tu saya lihat la kawasan sekeliling. Nampak ada sebuah keta proton iswara-warna hijau jugak- parking tak jauh dari saya. Ntah kenapa mata saya ni tertarik nak tengok kat keta tu.."Hmm...tengok macam takdak orang..tapi tadi nampak macam ada kepala budak kat tingkap. Pelik." bisik hati saya slow2..
Usai perbualan saya ngah kawan, saya keluar dari kereta..sebab nak tampal pelekat 'P' - lesen P lagi, ujung taun ni baru dpt lesen besar..hehe- kat cermin belakang. Sudah ja pasang, saya tengok balik kereta tadi...Aik?dah hilang? Tekejut jugak, tiba2 dah takdak..tengok2 kereta tu dah ubah tempat parking.- parking kat jalan menghala keluaq dari tmpat perhentian. Pelik2..awat yang dia ubah tempat? Agak2 hampa(korang) semua la..apa motif dia alih parking? Saya pun dah malas nak ambik tau. Lalu, saya pun masuk dalam keta dan memandu keluaq dari situ..
Masa keta saya melalui keta tadi tu...saya pun memperlahankan pemanduan saya dan sedikit merapat ke keta yang suspicious tadi...kemudian dengan perasaan curiga yang menebal, saya pun menjenguk sikit...maka panjanglah tekak saya. Kemudian..."Astagfirullahalazim!!!" terpacul spontan perkataan tu dari mulut saya..tersirap darah saya! dan setelah keta saya melepasi keta tadi tu, saya pun kembali tengok ke hadapan. Otak masih tak percaya dengan apa yang saya tengok tadi.
Dua manusia yang saya yakin melayu muslim! Sedang melampiaskan nafsu syahwat mereka bertemankan syaitan! Di tepi highway! Pukul 4 petang! Astaghfirullahalazim..!!! Apa nak jadi dengan umat Islam sekarang?!# Hancur luluh hati saya, bercampur marah, sedih dan geram! Maka...saya teruskan perjalanan sambil beristighfar dan memperbanyakkan zikir...
"Sesungguhnya, Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.." Bagi saya, ayat ni dah cukup untuk buat hati kita sedar dan tahu bahawasanya...walau kat mana pun kita duduk, menyorok dalam hutan ka..duduk dalam kubu ka..tepi highway ka..di parking moto DPP ka..di lorong2 gelap di DKG ka..di..mana2 ja la. Allah tetap nampak dan tau apa yang kita buat. Dan segala perbuatan kita akan dihitung di akhirat nanti. TAK DAK SATU PUN YG AKAN TERLEPAS!
Akhirnya...sebagai pengajaran dari cerita benar ini...saya menasihat diri saya dan kawan2 sekalian agar sentiasalah muhasabah diri, renungilah dosa2 silam dan selalulah bertaubat kepada Allah..Firman Allah "Dan bersegeralah kamu kepada keampunan dari Tuhan kamu..."
wallahua'lam...salam perjuangan
Wednesday, November 19, 2008
"Mau pegi mana?"
Waktunya tiba lagi...CUTi semester sudah bermula bagi kebanyakan iPTA di seluruh negara. Tapi, saya masih lagi di meja study(my last paper is on 26th!). Dengan kepala pening2 lalat...ditambah dengan meting yang x berkesudahan..rasa macam nak hantuk kepala kat dinding ja. Nasib baik la ingat firman Allah "Sesungguhnya Allah bersama orang2 yang sabar"...kalau tak dah lama kepala saya dibalut plaster.
Ok, kembali ke tajuk utama kita...cuti2 ni nak pi mana? Baru2 ni ada sorang kawan yang mintak tolong saya cari pusat2 pengajian tradisional (pondok la tu..) yang berdekatan, dia kata sebulan dok rumah ni rasa rugi pulak kalau dok saja menggoyangkan kaki atau bergelumang dengan selimut dan tv. Rasa sejuk hati bila kawan saya menyampaikan hajatnya kepada saya. Nak isi cuti dengan menambahkan ilmu agama...Alhamdulillah.
Ha, macam mana pulak dengan anda semua? Dah plan ka apa yang nak dibuat cuti2 ni. Saya dah ada beberapa plan yang agak best untuk menghabiskan cuti ni..hm...macam2 yang nak dibuat, ntah sempat ke tidak. Mula2 nak join kursus keusahawanan yang dijalankan oleh Institut Pembagunan Keusahawanan 28hb ni. Lama jugak, 5hb baru habis. Tapi ok la dapat tidoq kat Swiss Inn S.Petani..he2. Sebenaqnya, kita sebagai student perlu mempunyai perancangan masa depan yang terancang. Keusahawanan adalah satu bidang yang bagus untuk diteroka oleh mahasiswa..Tambahan lagi..ceramah la pulak kan?..ok,kembali ke tajuk asal..ehem.
Dan dalam banyak2 perancangan yang saya dah buat...ada satu perancangan yang amat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya...hm, takut jugak nak tunggu tarikh tu tiba..tapi demi agama yang kucintai, akan ku gagahkan dan tabahkan hati untuk menyampaikan dan menerima segala hakikat yang akan berlaku(cewah2...jiwang karat jugak aku ni?!) Apa2 pun..plan ni rahsia...haha.
Sebagai mahasiswa, peranan kita amatlah besaq...bukan hanya sekadar study saja, tapi kita sebenaqnya adalah pemimpin esok2 nanti. Sedarlah bahawa kita suatu hari nanti akan memimpin masyarakat ke arah kejayaan, yakni di atas siratul mustaqim. Maka oleh itu..balik kampung nanti, turunlah ke dalam masyarakat setempat kita. Pi la masjid, pi tolong jiran2 yang nak buat kenduri dan sebagainya..Rasai,dalami dan fahami senario masyarakat kita hari ini.
Ehem, so...apa pun perancangan anda, ingatlah firman Allah "Kita merancang, Allah juga merancang dan sebaik-baik perancang adalah Allah"... dan akhir kalam...saya ingin mengucapkan selamat bercuti kepada anda semua. Penuhilah cuti anda dengan perkara2 yang bermanfaat kepada diri dan agama... (^_^)
Sunday, November 9, 2008
I'zzah...sape?
"Senyumanmu satu azimat!!! Arghh!!!" melalak dua tiga orang(orang ke?) dari tingkat atas.."MasyaAllah, pukul 5.25pagi pun dok melalak lagi?! Tak tido ke budak2 ni?!" bisik hati saya. Seraya dengan itu jugak saya terdengar satu suara melaung agak kuat..."Wei..wei, dah nak Subuh ni. Tido cepat!"...saya beristighfar dalam hati sambil meneruskan perjalanan ke masjid...-(cerita bukan rekaan tapi hakikat yang dialami oleh si pencerita, cerita ini juga ada kaitan dengan yang hidup, yang mati tiada kaitan ye)
Apa nak jadi la dengan orang Melayu Muslim sekarang ni? Kalau dilihat, Cina Muslim dan India Muslim lagi bagus daripada Melayu yang mengaku Islam akan tetapi tidak pernah mahu mengenal apa Islam yang sebenarnya. Yang sedihnya lagi, student2 universiti yang cerdik pandai(pandai la tu boleh masuk U) rupa2nya kurang cerdik dan jahil tentang agama. Dan bertambah lagi sedih, dahla tahu yang diri tu tak pandai dan jahil dalam bab2 agama ni, tak pernah pulak terdetik nak dalami agama. Ada juga yang sedar tapi lepas tu buat2 tak sedar dek lemas dalam lautan keseronokan dunia...Macam2 jenis yang dapat kita tengok dan perhati..lupakah kita asal dan tujuan kita dihidupkan di dunia ciptaan Allah yang Maha Agung? Firman Allah "Tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepada Aku"...
Tuan2, sahabat2 sekalian...
Jika kita lihat zaman sekarang, ramai yang malu untuk mengamalkan ajaran Islam. Berapa ramai yang tidak menunaikan solat lima waktu? Malu untuk menutup aurat? Mengapa malu memakai tudung yang labuh(bidang 60' ke,tudung bulat ke) untuk menutup aurat tapi tak malu pulak mendedahkan bahagian badan yang tak patut lagi haram bagi yang memandang? yang teruk lagi, setengah2 tu bukan saja tak malu, bahkan bangga dapat tunjuk potongan badannya kat orang lain. Kaum Adam pulak, rasa macho sangat ke pakai seluar pendek? Ke dah rasa macho macam Brad Pitt sebab Brad Pitt pun pakai macam tu?(tau2 je aku kan?). Inilah kesannya dek berbangga dan berkiblatkan Barat...artis2 jadi idola dan ikutan.
Sahabatku sekalian...
Bagaimana untuk kita mendidik diri dengan ajaran2 Islam? Salah satu cara untuk membangkitkan kesedaran yang tidur lena dalam lubuk hati kita ialah dengan menelusuri kembali sirah kegemilangan Islam. Kita perlu kembali merasa i'zzah(bangga) dengan Islam! Merasa i'zzah dengan agama yang kita anuti! Merasa i'zzah untuk mempraktikkan ajaran2 Islam!
Ingatlah kembali susah payah Rasulullah Sollallahualaihiwasallam dalam menyebarkan Islam, ditolak dan dicemuh di permulaannya. Kemudian Baginda diperkuatkan dengan para sahabat..Abu Bakar As-Siddiq, Umar Al-Khattab, Uthman Affan, Ali Karramallahuwajhah dan yang lainnya, selama 13 tahun di Makkatul Mukarramah...disiksa, ditekan dengan hebat...atas perintah Allah kemudian berhijrah ke Kota Madinah dan berjaya membentuk sebuah negara! Negara Islam! Negara yang pertama di muka bumi ini yang mempunyai undang2 yang lengkap!
Ingatlah bagaimana kemudian Islam menjadi semakin hebat, dapat menawan kembali Makkah tanpa pertumpahan darah!(Fathul Makkah)..menakluki dari satu negara ke negara, teluk ke teluk dan hampir dua pertiga dunia!
Marilah kita kenang kehebatan Islam, merasa I'zzah dengan agama kita ini dan kembali kepada ajaran Islam yang sebenar..
Renung2kanlah...
Sunday, November 2, 2008
sincere?ikhlas?
Kita semua maklum bahwa keikhlasan itu menjadi pra-syarat untuk apa-apa amalan kita diterima oleh Allah swt. Karena kita inginkan amalan kitalah yang bakal menjelma sebagai makhluk yang indah bila kita di dalam alam barzakh nanti, kita berharap agar amalan kitalah yang dapat membela kita pada hari pembalasan kelak.
Sudah tentu, niat pada permulaan kita membuat sesuatu, hingga ke akhirnya perlulah hanya karena Allah semata-mata. Tidak peduli amalan itu menyentuh hal-hal yang bersifat pribadi ataukah dalam kehidupan berdakwah. Namun, ibarat kita hendak mengenal apakah kita sudah terserang penyakit ‘chicken pox’ dsbnya, ada tanda-tanda yang dapat menolong kita memastikan adakah benar kita ini ikhlas. Antara lain :
- Kita takutkan sanjungan dan pujian manusia;
- Kita tidak marah, kecil hati bila dikritik oleh orang lain;
- Kita tidak merasa bangga bila dipuji.
- Kita senantiasa menganggap diri selalu kurang dalam ibadah, tidak memuji diri sendiri.
- Tidak malas, lemah, dan ketinggalan dalam kesusahan.
- Tidak jemu dalam berusaha mengajak orang kepada Islam.
- Tidak menjauhkan diri dari jamaah walau dicaci orang.
- Di dalam berorganisasi/berjamaah, tidak ingin menjadi ketua tetapi tetap bekerja dan memberikan bantuan sesuai kemampuan.
- Tidak mempersoalkan apakah menjadi pemimpin atau pengikut.
- Tidak marah, malah gembira, bila muncul orang lain sebagai pemimpin
menggantikan dirinya.
Begitulah antara lain hal-hal yang perlu kita perhatikan. Ini hanyalah panduan saja sebagai langkah berjaga-jaga dalam memastikan amalan diri sendiri bersih dari sifat ria’, taajub, takabbur dan sifat-sifat jelek lainnya. Pekerjaan yang lahirnya baik, tetapi jika diselimuti oleh segala sifat yang batil tersebut, maka sia-sialah di sisi Allah swt, termasuk mereka yang berperang di saf terdepan dan mati di medan peperangan.
Namun demikian, karena kelemahan manusia, tidak layak sebenarnya untuk menilai atau menghukum orang lain ikhlas ataukah tidak.Kita hanya boleh melihat yang lahir saja. Allah swt yang Maha Mengetahui dan hanya Allah swt sajalah yang berhak membalas segala amalan, apakah amalan yang baik atau sebaliknya.Mari kita berdoa :
Wahai Tuhan kami!
Perbaikilah hati kami, hapuskanlah cacat cela kami, bimbinglah kami ke arah kebaikan, hiasilah kami dengan takwa, kurniakanlah kepada kami taat setia kepadaMu sepanjang hidup kami.
Wahai Tuhan kami!
Jadilah kami ikhlas kepadaMu, syukur kepadaMu, bertawakkal kepadaMu, taubat kepadaMu, khusyuk kepadaMu.
Wahai Tuhan kami!
Sesungguhnya kami mohon kepadaMu , ketetapan di dalam urusan ini, keazaman di dalam hidayah, tolonglah kami mengingat Engkau menyebut namaMu, mensyukuri Engkau , baik ibadat kepadaMu.
Amin
Sunday, October 26, 2008
Malaysia kalah lagi?
Kalah atau menang, itu adat pertandingan bukan? Adat peperangan juga ada yang menang dan juga yang kalah. Bagaimana pulak dalam berjuang? wujudkah kalah atau menang? "Jika takut akan risiko, jangan bicara akan perjuangan" begitulah kata-kata seorang pejuang pejuang reformis yang tersohor di negara ini.
Saban hari, ada dua soalan yang selalu berlegar-legar di benak penulis. Dua buah pertanyaan ini cuba dicerna oleh otak saya agar mendapat jawapan yang logik dan konkrit. Soalan ini juga dituju kepada segenap saudaraku yang beriman secara umum. Dua pertanyaan tersebut: “Takutkah anda untuk berkorban?” dan “Maukah anda berjuang?”
Firman Allah
لِيَجْزِيَ اللهُ كُلَّ نَفْسٍ مَا كَسَبَتْ إِنَّ اللهَ سَرِيْعُ الْحِسَابِ
“Pada hari ini tiap-tiap jiwa diberi balasan dengan apa yang diusahakannya, tidak ada yang dirugikan pada hari ini. Sesungguhnya Allah amat cepat hisabnya.” (Ibrahim: 51)
إِنَّا لَنَنْصُرُ رُسُلَنَا وَالَّذِيْنَ آمَنُوا فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَيَوْمَ يَقُوْمُ اْلأَشْهَادُ
“Sesungguhnya kami menolong rasul-rasul kami dan orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia dan pada hari berdirinya saksi-saksi (hari kiamat).” (Al-Mu`min: 51)
يَا أَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوا إِنْ تَنْصُرُوا اللهَ يَنْصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ
“Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.” (Muhammad: 7)
Nah, jelas bukan ganjaran kepada yang sanggup berkorban? So...apakah soalan yang dua tadi masih gagal dijawab oleh kita? sebenarnya soalan tadi bukanlah berbentuk soalan akan tetapi lebih kepada provokasi dan motivasi kepada kita.
Wahai saudaraku sekalian, kita sebagai pemuda/pemudi/shababul muslim mestilah menyahut cabaran ini! Jangan hanya jadi batu mahupun pengkritik sahaja tetapi tidak lngsung mendokong perjuangan yang ada. Sedar dan bangkitlah!
Bagi yang telah berada di medan perjuangan, teruskan berjuang. Bagi yang baru ingin mencuba, janganlah ragu-ragu. Bagi yang masih belum lakukan apa-apa, mulakan melangkah satu persatu.. Ayuh, bangunlah menyahut seruan jihad dalam menegakkan agama yang suci ini! Jangan berlengah lagi!
Dunia
Akulah pemuda
Yang lahir dari rahim peradaban
Dibesarkan oleh zaman
Dididik oleh pengalaman
Dunia
Izinkan aku menyampaikan dengan jelas
Dengan tegar dan semangat
bahwa aku punya cita
Tak sekedar kata dan orasi
Tapi kerja nyata dan realisasi
dunia
Izinkan aku mengabarkan
Bahwa di tanah pertiwi ini
Masih ada pemuda yang peduli
Pada keadaan negeri ini
Dan aku pun rela . . .
Jika tubuh ini menjadi gontai karena lelah
Jika kulit kulit ini menjadi kusam dibakar matahari
Biarlah, dia menjadi saksi sejarah
Bahwa aku telah berjuang
Tuk ciptakan perbaikan
Bu, inilah anakmu
Yang melangkah gagah dengan pasti
Bu inilah jalanku
Bu,
Nyatanya jalan ini begitu panjang,
Begitu terjal dan curam
Tapi Bu, jalan ini telah kutapaki
Terjalnya telah ku awasi
Puncaknya kan ku daki
Izinkah aku, untuk berbakti
Kepada Islam yang ku cintai!
Dedi Setiawan & Dr. Yusoff, 10.12 a.m., 26 Oktober 2008
Monday, October 20, 2008
hebat??
"Akulah orang yang terkuat dalam empayar ini!" laung sang perwira sambil menghunus pedangnya. dia adalah pahlawan yang terhandal dalam jajahan empayar yang besar itu. setiap yang menjadi lawan, pasti rebah ke tanah terkulai tak bernyawa. mata pedang
yang tajam berkilau itu telah menamatkan riwayat beribu mangsa...
Adakah pahlawan di atas adalah orang yang hebat? Apakah definisi hebat? Siapakah yang menjadikan kita hebat? Adakah kehebatan itu hasil usaha dan penat lelah kita sendiri?
Teringat saya akan kisah Khalid Al-Walid yang dilucutkan jawatan sebagai panglima perang tentera Islam suatu ketika dahulu...kisah ini terjadi kerana musuh-musuh Islam pada ketika itu amat takut dan gentar jika mendengar nama Khalid Al-Walid. Semua musuh memuji dan memuja kehebatan panglima perang Islam tersebut hingga mengatakan hebatnya Islam kerana Al-Walid. Sayugia, Umar melucutkan jawatan tersebut daripada Al-Walid kerana ingin menyampaikan satu mesej yang amat penting kepada umat Islam dan umat Muhammad seluruhnya iaitu "Hebatnya Al-Walid bukan kerana dirinya, akan tetapi kerana Islam yang dianutinya!"
Firman Allah "Sesungguhnya orang yang paling mulia dalam kalangan kamu adalah orang yang bertaqwa"
Sunday, October 12, 2008
Pandainyee..!
Semasa sedang men’surfing’ tadi, terlihat blog seorang sahabat lama UiTM S.alam. Dia mempersoalkan mengapa kita tidak bersyukur bila kerajaan menurunkan harga minyak. Ditambah dengan dalil2 daripada al-Quran, tampak semacam kukuh hujahnya. Tapi sayang sekali nas2 yg digunakan disandarkan kepada skop yang dangkal lagi cetek. Sayang seribu kali sayang. Ilmunya banyak tapi digunakan di tempat yg salah.
beginilah lebih kurang coretannya...
Maka, apabila khabar berkenaan minyak petrol diturunkan sehingga RM0.20 seliter. Maka berteriakanlah sebahagian orang dengan kalimat-kalimat,
1 - “Apa punya kerajaan! Setakat Turun 20 sen baik tak payah. Sekali naik dahla sampai 78 sen. Sekali turun hampeh!”
2 - “Kedekut punya kerajaan! Ingat kami ni nak sangat ke minyak setakat turun 20 sen tu... Kami tak hairan la...”
Mungkinkah kalimat seperti yang tersebut dan seumpamanya adalah merupakan bentuk-bentuk kalimat yang lahir dari diri-diri manusia yang tidak mengenal ertinya syukur akan nikmat Tuhan-Nya?
Apakah kita tidak menyedari bahawa ia datang dan pergi dengan kehendak Allah?
“Dan apa saja nikmat yang ada pada kamu, maka dari Allah-lah (datangnya), dan bila kamu ditimpa oleh kemudharatan, maka hanya kepada-Nya-lah kamu meminta pertolongan. Kemudian apabila Dia telah menghilangkan kemudharatan itu dari pada kamu, tiba-tiba sebahagian dari pada kamu mempersekutukan Tuhannya dengan (yang lain), biarlah mereka mengingkari nikmat yang telah Kami berikan kepada mereka; maka bersenang-senanglah kamu. Kelak kamu akan mengetahui (akibatnya).” (an-Nahl, 16: 53-55)
Dengan yang sedikit mengapa kita tidak mahu bersyukur? Mahukan yang banyak pula?
“Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih”.” (Ibrahim, 14: 7)
“Mereka mengetahui nikmat Allah, kemudian mereka mengingkarinya dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang kafir.” (an-Nahl, 16: 83)
Maka, berhati-hatilah kita dalam mengendalikan lisan masing-masing, supaya terhindar dari melafazkan kalimat-kalimat yang mengakibatkan kufur kepada nikmat Allah.
"pemerintah mestilah berlaku adil terhadap orang yg diperintah"
Saudara-saudaraku sekalian, di sana terdapat banyak bukti yg sahih menunjukkan banyak lagi cara yg kerajaan boleh ambil selain naikkan minyak. Tapi mengapa pilih untuk naikkan minyak & bebankan rakyat sehingga kadar inflasi naik mendadak lantas menyebabkan ketidakstabilan ekonomi?
Sepatutnya sahabat kita ini perlu melihat dari sudut ekonomi jugak, jgn hanya guna ayat2 utk dikaitkan dgn isu. banyak lagi ayat2 dan hadith Rasulullah yg menuntut agar pimpinan melakukan yg terbaik untuk org yg dipimpin. Bukan menindas rakyat dengan cara yg tak sepatutnya! Bazirkan wang rakyat untuk 'pembangunan modal insan' yg natijahnya ntah apa2 dan pelbagai perancangan yg 'merapu' saja!-komen sy di dalam blognya.
Hmm...kita pulak mcm mana? Semestinya ketika berhujah kita menggunakan segala pengetahuan yg ada di benak kita. Adakah kita yakin yg hujah kita tadi disandarkan kepada nas2 dan dalil2 yg betul? Yg bertepatan dengan syara’ ataupun hanya sekadar mengikut hawa nafsu kita?
Selalu koreksi diri dan muhasabah adalah langkah yg paling tepat. Serta, isilah dada kita dgn ilmu…dan yg paling penting dalam mencari ilmu, ilmu agamalah yg terutama. Ilmu lain juga tak kurang pentingnya.
Sabda Rasulullah Sollallah Alaihi Wasallam “Menuntut ilmu itu adalah wajib ke atas setiap muslim dan muslimah”
Sentiasalah ingat bahawa ilmu-ilmu duniawi jika tidak dipandu dengan agama besar kemungkinan ilmu itu akan menyebabkan kita jauh terpesong dari agama. Dekati dan jiwailah agama yg kita imani dan sayangi ini.
Dan bukanlah iman itu terhasil dari angan-angan
Bukan jua hanya dijadikan perhiasan
Akan tetapi ianya diperoleh sang mujtahidan
Tumbuh mekar di dada, tersirna melalui amalan
Monday, September 29, 2008
Penhujungnya...
Di akhir Ramadhan ini, rata-rata orang Muslim di Malaysia masing-masing sibuk membuat persiapan untuk menyambut Hari Lebaran atapun hari kemenangan untuk umat Islam setelah sebulan berpuasa. Begitulah jugak jiran-jiran sekampung dengan saya...Macam-macamlah ragam yang dapat dilihat.
Ada yang sibuk membuat biskut raya-ntah ke berapa jenis dah yang dibuat, ada yang sibuk membakar lemang, ada yang sibuk membalut ketupat-ketupat susu,ketupat kacang,ketupat hitam, ketupat jagung dll, memasak rendang, kacau dodol dan sebagainya. Tak kurang jugak yang masih menjahit baju raya yang tak siap-siap sejak awal Ramadhan lagi, yang takdak baju raya pun ada dan yang lebih kelam kabut lagi yang masih dok pikiaq(fikir) mcam mana nak balik ke kampung!
Macam-macam kan keletah manusia nak menyambut raya ni? SubhanAllah, Maha Suci Tuhan yang menciptakan kita dengan pelbagai ragam...menjadikan dunia yang sementara ini terisi dengan sejuta macam rencah kehidupan. Macam-macam ada...
Sejenak...terdetik di hati saya, berapa ramai di antara kita sedar yang Ramadhan kali ini semakin meniggalkan kita...bulan yang pada malamnya terdapat malam yang lebih baik daripada seribu bulan...yang pada setiap detik di dalamnya terdapat limpahan rahmah yang tidak terkira banyaknya...dan yang siang dan malamnya terdapat sejuta keampunan. Terfikir pula akan amalan-amalan yang telah dilaksanakan di bulan yang mulia ini...cukupkah untuk menghapus segala dosa lalu? cukupkah untuk ianya mendidik hati kita yang keruh ini? ampuhkan untuk ianya dilazimi di bulan-bulan mendatang? Fikirkan..fikirkanlah sementara Ramadhan masih belum meninggalkan kita...fikirkanlah sementara gerbang maghfirah masih terbuka.
Mungkinkah Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yang terakhir buat kita...siapa tahu?
Wednesday, September 24, 2008
fakta + ilmu = hujah mantap?
Udahla,biarkan dia dengan labu-labunya. Hmm...kita pulak mcm mana? Semestinya ketika berhujah kita menggunakan segala pengetahuan yg ada di benak kita. Adakah kita yakin yg hujah kita tadi disandarkan kepada nas2 dan dalil2 yg betul? Yg bertepatan dengan syara’ ataupun hanya sekadar mengikut hawa nafsu kita?
Selalu koreksi diri dan muhasabah adalah langkah yg paling tepat. Merujuk kepada yg mengetahui adalan amalan yg cukup bagus untuk dipraktikkan.
Firman Allah, mafhumnya..."Maka bertanyalah kepada mereka yg mengetahui sekiranya kamu tidak tahu"
Serta, isilah dada kita dgn ilmu…dan yg paling penting dalam mencari ilmu, ilmu agamalah yg terutama. Ilmu lain juga tak kurang pentingnya. Rasulullah Sollallah Alaihi Wasallam pernah bersabda : “Menuntut ilmu itu adalah wajib ke atas setiap muslim dan muslimah”
Oleh itu, sentiasalah ingat bahawa ilmu-ilmu duniawi jika tidak dipandu dengan agama besar kemungkinan ilmu itu akan menyebabkan kita jauh terpesong dari agama. Dekati dan jiwailah agama yg kita imani dan sayangi ini.
Dan bukanlah iman itu terhasil dari angan-angan
Bukan jua hanya dijadikan perhiasan
Akan tetapi ianya diperoleh sang mujtahidan
Tumbuh mekar di dada, tersirna melalui amalan