Tuesday, October 12, 2010

Orang yang terbaik dalam kalangan kamu...

“Dengan Nama Allah S.W.T. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
 
Alhamdulillah Ya Rabbul Izzati atas nikmat Iman dan Islam yang Engkau berikan, tidak terhitung nilainya. Selawat dan salam buat kekasih tercinta yang sentiasa dirindui, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat Baginda dan tabi’-tabi'in sekalian.

Air mu mengalir
Walau apa halangan tiba
Tak berhenti-henti
Hingga sampai di laut nanti...


Pada tanggal 9 Oktober 2010, lebih kurang jam 10.29 malam...Rakan Masjid Sultan Badlishah Universiti Utara Malaysia dibubarkan secara rasmi oleh Presidennya saudara Afwan Afifi Bin Yahaya. Pada tarikh keramat itu jugak adalah mesyuarat yang kali terakhir buat Rakan Masjid, mungkin kali terakhir buat selama-lamanya.