Salam bicara...
"Akulah orang yang terkuat dalam empayar ini!" laung sang perwira sambil menghunus pedangnya. dia adalah pahlawan yang terhandal dalam jajahan empayar yang besar itu. setiap yang menjadi lawan, pasti rebah ke tanah terkulai tak bernyawa. mata pedang
yang tajam berkilau itu telah menamatkan riwayat beribu mangsa...
Adakah pahlawan di atas adalah orang yang hebat? Apakah definisi hebat? Siapakah yang menjadikan kita hebat? Adakah kehebatan itu hasil usaha dan penat lelah kita sendiri?
Teringat saya akan kisah Khalid Al-Walid yang dilucutkan jawatan sebagai panglima perang tentera Islam suatu ketika dahulu...kisah ini terjadi kerana musuh-musuh Islam pada ketika itu amat takut dan gentar jika mendengar nama Khalid Al-Walid. Semua musuh memuji dan memuja kehebatan panglima perang Islam tersebut hingga mengatakan hebatnya Islam kerana Al-Walid. Sayugia, Umar melucutkan jawatan tersebut daripada Al-Walid kerana ingin menyampaikan satu mesej yang amat penting kepada umat Islam dan umat Muhammad seluruhnya iaitu "Hebatnya Al-Walid bukan kerana dirinya, akan tetapi kerana Islam yang dianutinya!"
Firman Allah "Sesungguhnya orang yang paling mulia dalam kalangan kamu adalah orang yang bertaqwa"
2 comments:
hebat itu bagiku adalah satu benda yang subjektif.. ada orang yang dapat pointer 3.67 dia kata dia dah hebat.. ada mamat (perasaan) dapat makwe lawa dia kata dia hebat... jadi defini HEBAT tu terpulang pada individu yang mentafsirkannya bagaimana.. namun pada Islam dan diSISI ALLAH S.W.T hanya orang mukmin beriman kepadaNYA diangkat disisiNYA buktinya dalam AL-Quran ayat-ayat akan bermula "wahai org2 mukmin yg beriman"...wallahua'lam
pembetulan...ayat2 dalam al-Quran bukan bermula dengan "wahai org2 mukmin yg beriman"...tapi "wahai org2 yang beriman" shj...harap maklum
Post a Comment