Monday, December 29, 2008

Azam Ooo Azam...

Salam perjuangan...

Kini tahun baru hijrah 1430 tiba menggantikan tahun hijrah 1429. Sekejap saja kan? Ya,masa berlalu dengan amat pantas skali, tup tap tup tap...dah habis setaun. Selalunya kita masih rasa azam taun lepas pun tak tertunai lagi..kan?hm. Biasa la tu...manusia ni memang lemah. Hanya mereka yg selalu beringat saja yg beruntung.

Firman Allah "Demi masa. Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian. Kecuali mereka yang senantiasa berpesan2 dengan kebenaran dan kesabaran"

So...taun baru hijrah ni dan taun baru 2009 ni...berazamlah untuk menunaikan azam anda k! (^_^)

Tuesday, December 16, 2008

Pilih jangan tak pilih..

Salam perjuangan...

Hari2 cuti saya yang singkat di rumah selain memenuhi jemputan kenduri kahwin dan membaca, saya manfaatkan dengan berbudi kepada tanah;tanam pokok serai, pandan, cili, pisang. Seronok sebenarnya bercucuk tanam ni. Dapat melihat hasil yang kita usahakan merupakan satu kepuasan buat diri saya. Begitu juga dalam setiap urusan harian kita. Apa-apa yang kita usahakan, semestinya kita mengharapkan hasil atau keputusan yang positif, namun di sana kadang kala keputusan ataupun hasil daripada usaha kita tidak seperti yang diharapkan. Kadang kala kita kecewa...namun kita tetap pasrah dengan ketentuanNya kan? Menarik betul hidup ni. Macam2 ada.

Ha, bercakap pasal pilihan...baru sekejap tadi saya mengait buah jambu air yang merimbun di tepi rumah. Kena pilih yang dah ranum, baru kait. Eh, kait buah jambu air? bukan buah ni luruh sendiri ka? Sebenarnya buah ni akan luruh dengan sendiri, tapi disebabkan buah ni agak 'manja' , bila jatuh maka hancurlah sana sini...dah tak boleh nak makan. Tu lah sebabnya saya kait.

Alkisah semasa mengait tu..saya lihat banyak yang dah ranum, ada yang tinggi-susah nak kait, ada yang boleh ambik dengan tangan ja. Berpeluh jugak la masa dok 'riki2'(tengok2) buah yang dah cukup umur. Apabila sasaran dah dikenal pasti, maka oleh dengan itu bermulah proses mengait...kait punya kait, tengok2 dah dekat nak penuh satu baldi. Rasa macam dah tak dak lagi yang masak/ranum. Aik, bila tengok atas rupanya banyak lagi yang boleh dikait.

"Hai...banyak lagi yang ada potensi untuk dikait...hm,tak larat dah nak kait. Lain kali la pulak.."

Lantas secara spontan otak saya mengaitkan peristiwa yang sedang berlaku itu dalam ruang lingkup kehidupan harian kita. Dalam hidup ini, banyak sebenarnya yang ingin kita capai, yang kita nak dan sebagainya. Tapi, apakan daya...kemampuan kita terhad, kita tak mampu memiliki atau mencapai semuanya dalam satu-satu masa dan ada ketikanya, kita langsung terlepas semuanya. Maka tidak dapat tidak, kita terpaksa membuat pilihan... dan semestinya, kita mesti pilih yang terbaik.

Dalam membuat pilihan, tak boleh la main pilih ikut suka saja atau ikut hawa nafsu. Kita kena senantiasa berpandukan kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Allah berfirman

"Diwajibkan kamu berperang, sedangkan ia yang kamu benci. Boleh jadi sesuatu yang kamu benci itu amat baik untuk kamu dan boleh jadi sesuatu yang kamu sukai pula amat buruk untuk kamu. Allah Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui." Al-Baqarah:216.

Dalam ayat di atas, jelas lagi nyata Allah memberi peringatan kepada kita dalam membuat pilihan. Bertanyalah kepada orang yang alim(orang yang berilmu dan beramal dengan ilmunya). untuk bertanyakan pendapat mereka. Bertanyalah jugak kepada orang yang lebih tua...sebab mereka makan garam dulu daripada kita, banyak pengalaman dan pengajaran yang kita boleh pelajari daripada mereka. Dan yang paling penting, jangan lupa solat sunat istikarah...Rasulullah Sollallahualaihiwsallam menggalakkan kita buat solat sunat istikarah apabila kita mengalami kesukaran dalam membuat pilihan. Ha, bukan masa nak pilih calon suami atau isteri saja. Orang kita ni, kalau dengar istikarah ja mesti ingat pasal nak menikah saja...

Akhir kata, buatlah pilihan yang tepat sebab pilihan yang kita buat akan memberi kesan dalam kehidupan kita di dunia ni dan di akhirat kelak...

Selamat memilih!

p/s:memilih ye, bukan mengundi... (^_^)

Saturday, December 13, 2008

ketuanan melayu?...

salam perjuangan...

Pertamanya, terima kasih kepada Dr. Sid kerana menanyakan komen saya akan topik hangat yang sedang diperdebatkan banyak pihak di waktu sekarang ini...saya tidak minat sangat ingin 'mengomen' akan isu ini...tapi...dah ada orang bertanya, saya jawablah sikit2 ya...so, komen saya...

Saya sebenarnya sangat suka jika kita merujuk kepada sejarah peradaban manusia...lebih2 lagi sirah Rasulullah Sollallahualaihiwasallam. Baginda adalah pemimpin agung dunia yang mana ketika hidupnya telah menyatukan pelbagai bangsa di bawah satu panji...iaitu panji agama, yakni Islam. Di bawah panji agama ini, umat Baginda telah diajar tiada beza antara bangsa, warna kulit, rupa paras atau sebagainya kecuali mereka adalah hamba Allah Subhanahuataala. Meski mereka itu Muslim mahupun tidak. Manusia adalah sama sahaja pada undang-undang Allah, Tuhan yang menciptakan alam ini. Cuma yang membezakan kita adalah ketaqwaan kepada Allah.

Islam mengajar kepada kita(kalau yg betul2 faham Islam la..)kesamarataan dan menolak keras diskriminasi. Sebagaimana sabda Rasulullah Sollallahualaihiwasallam dalam satu hadis

"Wahai manusia, Tuhan kamu adalah satu dan moyang kamu adalah satu(Nabi Adam alaihissalam). Tidaklah lebih bagus seorang Arab berbanding seorang yang bukan Arab dan seorang yang bukan Arab tidaklah lebih bagus daripada seorang Arab dan seorang yang putih tidaklah lebih bagus daripada seorang yang hitam dan tidaklah juga seorang yang hitam lebih baik daripada seorang yang putih melainkan ketaqwaannya. Sesungguhnya orang yang paling tinggi darjatnya dalam kalangan kamu adalah orang yang paling tinggi ketaqwaannya kepada Allah Subhanahuataala" au kama qal

Inilah ajaran Islam yang sungguh suci lagi murni. Sayangnya, 'bapa kemerdekaan' negara ini mungkin sekali kurang pengetahuan tentang ajaran Islam yang sebenar dan tidak memperjuangkan konsep ini semasa penggubalan Perlembagaan Malaysia...mungkin juga dek rakyat jelata yang amat kurang kefahaman Islam pada 50 tahun dahulu..maka masing2 memperjuangkan hak 'Ketuanan Melayu' yang kadang2 mereka sendiri tidak faham...alkisah terjadilah kemelut yang sedang berlaku dahulu, kini dan selamanya jika 'pemurniaan' ke atas isu ini tidak dilakukan..

Panjang lagi ingin saya huraikan..tapi masa tak mengizinkan. InsyaAllah jika saya kelapangan, saya akan ulas lagi..Saudara Dr.Sid juga boleh melihat komen2 di webpage yang saya sertakan di bawah

http://harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=13238&Itemid=28

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/4/29/nation/21094851&sec=nation

http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/13758-drm-says-there-is-no-ketuanan-melayu-without-parity

http://blog.limkitsiang.com/2008/02/07/a-malay-view-of-ketuanan-melayu/

http://www.malaysiakini.com/columns/53434

http://www.malaysianbar.org.my/berita/komen_undang_undang/ketuanan_melayu_tercabar_kaum_lain_lebih_dominan_dari_segi_politik_ekonomi_tengku_faris.html

http://thenutgraph.com/ketuanan-melayu-failed-model