Assalamualaikum buat semua pembaca...
Di akhir Ramadhan ini, rata-rata orang Muslim di Malaysia masing-masing sibuk membuat persiapan untuk menyambut Hari Lebaran atapun hari kemenangan untuk umat Islam setelah sebulan berpuasa. Begitulah jugak jiran-jiran sekampung dengan saya...Macam-macamlah ragam yang dapat dilihat.
Ada yang sibuk membuat biskut raya-ntah ke berapa jenis dah yang dibuat, ada yang sibuk membakar lemang, ada yang sibuk membalut ketupat-ketupat susu,ketupat kacang,ketupat hitam, ketupat jagung dll, memasak rendang, kacau dodol dan sebagainya. Tak kurang jugak yang masih menjahit baju raya yang tak siap-siap sejak awal Ramadhan lagi, yang takdak baju raya pun ada dan yang lebih kelam kabut lagi yang masih dok pikiaq(fikir) mcam mana nak balik ke kampung!
Macam-macam kan keletah manusia nak menyambut raya ni? SubhanAllah, Maha Suci Tuhan yang menciptakan kita dengan pelbagai ragam...menjadikan dunia yang sementara ini terisi dengan sejuta macam rencah kehidupan. Macam-macam ada...
Sejenak...terdetik di hati saya, berapa ramai di antara kita sedar yang Ramadhan kali ini semakin meniggalkan kita...bulan yang pada malamnya terdapat malam yang lebih baik daripada seribu bulan...yang pada setiap detik di dalamnya terdapat limpahan rahmah yang tidak terkira banyaknya...dan yang siang dan malamnya terdapat sejuta keampunan. Terfikir pula akan amalan-amalan yang telah dilaksanakan di bulan yang mulia ini...cukupkah untuk menghapus segala dosa lalu? cukupkah untuk ianya mendidik hati kita yang keruh ini? ampuhkan untuk ianya dilazimi di bulan-bulan mendatang? Fikirkan..fikirkanlah sementara Ramadhan masih belum meninggalkan kita...fikirkanlah sementara gerbang maghfirah masih terbuka.
Mungkinkah Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yang terakhir buat kita...siapa tahu?
No comments:
Post a Comment