Saturday, November 22, 2008

Depa(diorang) pun 'kenduri' ?

Alkisah kelmarin, saya bawak keta kawan balik ke kampung untuk memenuhi jemputan walimatul urus sahabat. Maklumlah kan sekarang musim cuti, banyakla kenduri-kendara. Ha, balik naik keta Abg Ridzwan-viva warna hijau, best Ooo..baru lagi! Sebenarnya hati sedikit frust sebab kawan2 tak dapat ikut bersama. Hajat di hati nak bawak depa pusing2 kawasan bersejarah Baling ni, tapi apakan daya...perancangan Allah lebih baik. Takpa, yakinlah bahawa setiap perkara yang berlaku itu ada hikmahnya. Cuma tinggal kita sahaja yang perlu teliti dan perhalusi setiap peristiwa yang berlaku dalam kehidupan seharian kita.

Ok, back to our story...masa memandu dengan riangnya kat highway tu...tiba2 saya baru teringat nak call kawan. Sebenaqnya dia tumpang barang adik dia dalam keta ni...so, sat lagi kena la singgah rumah dia. Saya pun talipon la dia...''tut tut...tut tut..helo, assalamualaikum..''. Maka dengan itu kami pun bersembangla...

Masa tengah besembang tu, terlintas dalam fikiran saya.."ish..kalau terjumpak abg polis..kena saman aku ni"..seyugia saya pun mengambil keputusan untuk berhenti sekejap di kawasan rehat yang disediakan. Bila dah jumpa parking, terus saya memarking dengan perfectnya...dan meneruskan perbualan di talipon. SAmbil2 menyembang tu saya lihat la kawasan sekeliling. Nampak ada sebuah keta proton iswara-warna hijau jugak- parking tak jauh dari saya. Ntah kenapa mata saya ni tertarik nak tengok kat keta tu.."Hmm...tengok macam takdak orang..tapi tadi nampak macam ada kepala budak kat tingkap. Pelik." bisik hati saya slow2..

Usai perbualan saya ngah kawan, saya keluar dari kereta..sebab nak tampal pelekat 'P' - lesen P lagi, ujung taun ni baru dpt lesen besar..hehe- kat cermin belakang. Sudah ja pasang, saya tengok balik kereta tadi...Aik?dah hilang? Tekejut jugak, tiba2 dah takdak..tengok2 kereta tu dah ubah tempat parking.- parking kat jalan menghala keluaq dari tmpat perhentian. Pelik2..awat yang dia ubah tempat? Agak2 hampa(korang) semua la..apa motif dia alih parking? Saya pun dah malas nak ambik tau. Lalu, saya pun masuk dalam keta dan memandu keluaq dari situ..

Masa keta saya melalui keta tadi tu...saya pun memperlahankan pemanduan saya dan sedikit merapat ke keta yang suspicious tadi...kemudian dengan perasaan curiga yang menebal, saya pun menjenguk sikit...maka panjanglah tekak saya. Kemudian..."Astagfirullahalazim!!!" terpacul spontan perkataan tu dari mulut saya..tersirap darah saya! dan setelah keta saya melepasi keta tadi tu, saya pun kembali tengok ke hadapan. Otak masih tak percaya dengan apa yang saya tengok tadi.

Dua manusia yang saya yakin melayu muslim! Sedang melampiaskan nafsu syahwat mereka bertemankan syaitan! Di tepi highway! Pukul 4 petang! Astaghfirullahalazim..!!! Apa nak jadi dengan umat Islam sekarang?!# Hancur luluh hati saya, bercampur marah, sedih dan geram! Maka...saya teruskan perjalanan sambil beristighfar dan memperbanyakkan zikir...

"Sesungguhnya, Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.." Bagi saya, ayat ni dah cukup untuk buat hati kita sedar dan tahu bahawasanya...walau kat mana pun kita duduk, menyorok dalam hutan ka..duduk dalam kubu ka..tepi highway ka..di parking moto DPP ka..di lorong2 gelap di DKG ka..di..mana2 ja la. Allah tetap nampak dan tau apa yang kita buat. Dan segala perbuatan kita akan dihitung di akhirat nanti. TAK DAK SATU PUN YG AKAN TERLEPAS!

Akhirnya...sebagai pengajaran dari cerita benar ini...saya menasihat diri saya dan kawan2 sekalian agar sentiasalah muhasabah diri, renungilah dosa2 silam dan selalulah bertaubat kepada Allah..Firman Allah "Dan bersegeralah kamu kepada keampunan dari Tuhan kamu..."

wallahua'lam...salam perjuangan

1 comment:

Anonymous said...

apa komen dr. yusoff mengenai ketuanan melayu....