Pada hari Jumaat 26 haribulan Februari yang lepas umur saya genap 23 tahun, berkebetulan sama dengan hari kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad Sollallahualaihiwasallam. Dan pada hari tu jugak beberapa peristiwa berlaku, semacam 'hadiah' ulang tahun kelahiran saya. Bukan tepung, bukan telur tembelang mahupun air busuk yang disimbah ke badan. Bukan juga kad ucapan ataupun kek coklat.
Saya telah kehilangan handset dan kopiah kesayangan saya. Handset jatuh semasa naik motor, kopiah pulak jatuh masa naik motor jugak. Kedua-duanya sampai ke sudah tidak berjumpa. Sehari sebelum sambutan Maulidul Rasul Peringkat UUM pulak, saya terlibat dengan kemalangan. Usai saja balik daripada renew simcard di Celcom Centre kat Alor Setar. Alhamdulillah saya tidak mengalami sebarang luka, juga masih belum sampai 'masa'. Banyak jugak habis untuk repair kereta kawan saya tu.
Pada awalnya, bila memikirkan malang yang bertimpa-timpa, hati rasa kosong, lemah tak bermaya. Seketika bila duduk bermuhasabah, berzikir dan bertafakur di tikar sembahyang...kekuatan kembali menjelma. Menyala walaupun perlahan.
Khulasohnya...saya mendapat pengajaran yang amat berharga - semakin kita dewasa, semakin hebat ujian melanda-
satu lagi, saya dah pandai beli sparepart kereta tanpa bantuan mekanik.aha (",)
3 comments:
Innallaha maa'ssobirin...tabahkan hati =)
benda kecik ja tu nta. banyak lagi mehnah dan tribulasi. semoga terus tabah! ;)
setuju sgt, makin kita tua makin banyaklah cubaan yang datang melanda.
~ct~ ^_^
Post a Comment