Aku mulakan coretan ini dengan memanjatkan kesyukuran yang tak terhingga kepada-Mu Ya Allah...
Alhamdulillah Kathira...
Minggu lepas, pendrive kesayangan hilang entah di mana. 5 assignment yang sedang dibuat turut hilang bersama. Rasa tertekan menyebabkan kepala sakit, pening. Hujung minggu pulak ada program, terpaksa tinggalkan universiti dan jugak assignment yang belum siap (actually yang terpaksa dibuat semula). Hati memang berat nak tinggalkan kerja yang belum siap, tapi memikirkan tanggungjawab dan amanah, digagahkan jiwa dan diri ini meninggalkan universiti.
Alhamdulillah...banyak ilmu baru yang dapat dikutip sepanjang program walaupun fikiran runsing memikirkan kerja yang tak siap. Itu pun terpaksa pulang awal dek ada pembentangan pada hari Ahad. Usai pembentangan, kepala kembali ligat memikirkan assignment...
Maka dua hari yang lepas terpaksa berkampung di perpustakaan...'mata berpinar mengadap laptop dan buku-buku rujukan'
Maka dua hari yang lepas terpaksa berkampung di perpustakaan...'mata berpinar mengadap laptop dan buku-buku rujukan'
Akhirnya, dengan sedikit usaha dan pertolongan daripada Allah, semuanya selesai... Alhamdulillah yang teramat.
Malam esok bakal bergerak ke Jitra pulak, nak tolong ayah kesayangan menyiapkan assignment dia ^_^
Malam esok bakal bergerak ke Jitra pulak, nak tolong ayah kesayangan menyiapkan assignment dia ^_^
Tanpa dugaan, engkau hanyalah insan biasa
~ Jadikanlah dirimu insan diluar kebiasaan
Tanpa cabaran, engkau pasti berduka
~ Biasakan hidupmu diluar daerah keselesaan
Tanpa mehnah, kehidupanmu tak bermakna
~ Hamba yang disayangi-Nya sentiasa didatangkan dengan ujian seraya menguji keimanan
*

No comments:
Post a Comment