Wednesday, February 24, 2010

Meting, meting dan meting

Kelmarin, teman sebilik saya mengeluh "Hai...boringnya,tiap-tiap hari lepas habis kelas, tido, bangun pegi kelas pulak. Malam dok pikir nak pegi makan kat mana. Lepas tu tido lagi. Boringnya hidup..." au kama qal. Lantas saya pun terfikir, "Aku?Kelas, usrah, usrah lagi, lepas tu meting...pastu meting lagi dan meting" tergelak saya dalam hati.


Hidup kita ni kadang-kadang atau sampai satu ketika akan dirasakan 'boring seboring-boringnya', kosong seperti tiada tujuan. Macam yang dialami oleh seorang artis yang terkenal dengan album Tea for the Tillerman and Teaser dan the Firecat iaitu Steven Demetre Georgiou@Cat Steven ataupun sekarang namanya Yusuf Islam. Di era kegemilangannya, dia tekad memeluk agama Islam lantas mengejutkan dunia hiburan eropah bahkan di seluruh dunia. Sekarang dia mengabdikan diri dengan jalan dakwah muzikal dengan pendapatan daripada album-album sebelum dia memeluk Islam masih sebanyak 1.5juta dollar Amerika. Semuanya disumbangkan untuk kebajikan masyarkat Muslim di seluruh dunia.
Sebenarnya, kita akan merasakan hidup kita bermakna atau terisi jika kita lakukan sesuatu perkara yang kita kehendaki atau yang dapat memuaskan kita.

Firman Allah: "Diwajibkan kamu berperang, sedangkan ia yang kamu benci. Boleh jadi sesuatu yang kamu benci itu amat baik untuk kamu dan boleh jadi sesuatu yang kamu sukai pula amat buruk untuk kamu. Allah Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui." [Al-Baqarah: 216]

Persoalannya, macam mana nak ukur ataupun tahu benda yang diperlukan kita?

5 comments:

Anonymous said...

Good afternoon!
---------------------------------------------------------
Signature:buy lipitor vdcdi
cheap lexapro kstix

Anonymous said...

biasa la tu...manusia ni macam-macam jenis.

pasal mcm mana nak tahu tu, kita kena rujuk quran dan sunnah la.xleh la ikut suka hati kita.betul x?

Me said...

Ya...betul tu. Kalau sskadar menggunakan akal semata-mata, akan jadi lah seperti mana yang Allah firmankan dalam ayat di atas. (",)

Anonymous said...

salam..kalau masa tak terisi dgn bnda berfaedah, mmg rasa boring sgt2...

Anonymous said...

ya..ana pun setuju.moralnya,isilah setiap detik hidup kita dengan perkara yang berfaedah.lazimilah kehidupan ini sebagai ibadah. teruskan ber'blog' YDP RM! =)