Friday, February 12, 2010

Tuntutan Solat Jumaat

Entry kali ni saya tergerak hati untuk menulis berkaitan perkara-perkara yang menjadi tuntutan di hari Sayyidul Ayyam yakni hari Jumaat. So, selamat beramal! =)

1. Bersegera dan bersiaplah untuk pergi menunaikan solat Jumaat sejurus mendengar seruan azan berkumandang dan jawablah seruan azan itu.
2. Beriltizamlah untuk mandi sunnat Jumaat sama ada di musim panas atau sejuk.


3. Potonglah kuku anda setiap minggu, kerana kebersihan itu adalah sebahagian daripada tuntutan Islam.
4. Berwangi-wangianlah anda pada hari Jumaat serta berpakaianlah yang baik-baik.
5. Elakkan diri anda dari melangkah-melangkah atas bahu orang lain pada hari Jumaat terutamanya apabila anda melewat ke masjid.
6. Elakkan daripada bercakap ketika imam atau khatib sedang berkhutbah di atas mimbar.
7. Biasakanlah diri anda untuk membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat sekiranya anda mampu melakukannya.
8. Perbanyakkan mengucapkan selawat dan salam ke atas Nabi saw. pada malam Jumaat dan siang harinya.

No comments: