Kalau menyentuh tentang topik ini, maka saya pasti mahasiswa UUM akan membebel dan meleter. Akan ada banyak pihak yang bertambah dosanya dek mengutuk dan mengumpat sebaliknya akan ada juga pihak yang bertambah pahalanya kerana dikutuk dan diumpat. Itu hakikat yang manusia mampu melihat. Namun segalanya berbalik kepada Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Adil lagi Maha Bijaksana.
Dalam isu ini, setengah pihak berkata inilah ujian, kita kena banyak bersabar....katanya.
Ada juga yang berkata ini adalah lantaran korupsi pihak atasan UUM...nah..tuduhnya..
Ada yang kata daripada dok angkut air tiap-tiap hari baik gali telaga lain...macam-macam komen yang kedengaran.
Mungkin ada yang benar mungkin juga salah tanggapan. Namun yang ingin saya tekankan di sini...kita ketepikan sekejap soal salah siapa, apa dan bagaimana. Bagi saya yang penting sekarang ialah pihak pentadbiran UUM perlulah memberikan penjelasan yang terperinci kepada warga penghuni UUM. Apa yang berlaku, bila, bagaimana, apa langkah yang telah diambil (selain angkut air), dan banyak lagi persoalan yang saya yakin warga UUM masih tertanta-tanya.
Sabda Rasulullah S.A.W. yang mana mafhumnya : "Setiap daripada kamu adalah pemimpin, dan kamu bertanggungjawab terhadap orang yang kamu pimpin." Berdasarkan hadith ini, saya simpulkan bahawa pihak pentadbiran UUM sepatutnya menampal notis dan sebaik-baiknya mengadakan dialog dengan para pelajar dan warga kampus untuk memberikan penjelasan yang meyakinkan 'rakyat UUM' yang dipimpinnya. Sekurang-kurangnya persoalan-persoalan kita terjawab dan dapat menenangkan hati-hati 'rakyat UUM' buat seketika. ws

2 comments:
tired of comments like "Oh, damn! " or buy antibiotics online. Then write to me at icq 75949683256...
Watch out!
---------------------------------------------------------
Signature:buy levitra professional online fyi
Post a Comment