Cuti dah nak habis, kebanyakan mahasiswa mula pulang ke kampus masing-masing. Saya masih di rumah, rasa berat sangat nak balik ke UUM. Bukan apa, adik saya yang belajar di Jordan balik bercuti dan esok dia dah nak balik. Itulah yang membuatkan saya serba salah...sudahla dia jarang balik ke rumah, masa kami bersama pun sekejap saja. Tak puas lagi berjumpa. Mungkin awal pagi esok saya berangkat ke UUM dengan motor kesayangan.
Pagi tadi, mak menyuruh saya siram pokok bunganya yang banyak di sekeliling rumah. Ditambah pula dengan "cuci parit skali ya Afwan..". Di hujung ayat, mak menambah "Kalau Afwan tak nak buat...biar mak ja la yang buat lepas masak ni..." Pada mulanya rasa malas menguasai diri.."Aduh...kenapa la mak tak suruh adik ja" rungut saya dalam hati. Kemudian saya tersedar yang saya tak sepatutnya berfikiran sebegitu lantas beristighfar. Pandaikan syaitan menghasut kita.
Saya pun terus ke depan rumah. Sambil berjalan saya tersenyum, timbul rasa kelakar dalam hati. "Pandai betul mak aku susun ayat" bisik hati kecil saya. Biasa lah, anak-anak kesayangannya balik bercuti. Masa ni saja la mak nak minta kami tolong. Habis saja cuti, mak dan ayah kembali berdua di rumah ni. Sedang saya membersihkan parit, membuang lumut-lumut yang tumbuh terbantut dek musim panas sekarang ni, teringat kata-kata seorang ulama yang ustaz saya ajar semasa di sekolah menengah dulu ;
"Ish ma shi'ta fainnaka mayyitun, wahbab man shi'ta fainnaka mayyitun, wa'mal ma shi'ta fainnaka majziyun bih"
Maksudnya, "Hiduplah seperti mana yang kamu mahu, sesungguhnya kamu akan mati. Cintailah sesiapa pun yang kamu mahu, sesungguhnya kamu akan mati. Dan buatla apa sahaja yang kamu mahu, sesungguhnya kamu akan dibalas akan perbuatan kamu itu"
Kata-kata ini amat memberi kesan kepada saya apatah lagi bila dikaitkan dengan ibu bapa. Saya terkesan dengan rangkap kedua "Cintailah sesiapa pun yang kamu mahu, sesungguhnya kamu akan mati". Bila teringatkan mak dan ayah saya yang semakin meningkat tua, rasa akan kehilangan mereka suatu hari nanti semakin menebal. Terkadang air mata saya menitis mengenangkan hari yang bakal tiba itu. Sebak. Entah bila akan berjumpa kembali.
Ya memang di alam akhirat kita semua akan dikumpulkan, tapi adakah sama keadaan pada masa itu dengan sekarang. Ketika itu, kita semua akan sibuk dengan urusan sendiri. Masing-masing risau memikirkan amalan yang tak seberapa. Ibu bapa tiada masa hendak memikirkan anak-anak mereka, suami langsung tidak terfikirkan akan isterinya yang amat dia sayang semasa di dunia. Masing-masing sibuk, takut memikirkan balasan yang bakal diterima. Begitulah keadaannya.
Sebelum saya menoktahkan coretan kali ini, ingin saya berpesan...cintailah kedua ibu bapa kamu semahu-mahunya ketika masih berkesempatan. Taatlah dan dengar cakap mereka, jangan sekali-kali kamu derhaka. Hidup di dunia hanya sekali, akhirat kelak belum tentu kita akan berjumpa kembali dengan mereka. Bagi yang sudah kehilangan ibu bapa, jadilah seorang anak yang soleh kerana sabda Nabi yang mana mafhumnya "Apabila mati seorang anak Adam, maka terputuslah segala amalannya kecuali kerana tiga perkara; anak yang soleh, sedekah jariah dan ilmu yang bermanfaat kepada orang lain"
-Wallahutaala a'lam-

1 comment:
sedih dan sebak bila ana baca entry ni...syukran. =(
Post a Comment