Pada hari Jumaat 26 haribulan Februari yang lepas umur saya genap 23 tahun, berkebetulan sama dengan hari kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad Sollallahualaihiwasallam. Dan pada hari tu jugak beberapa peristiwa berlaku, semacam 'hadiah' ulang tahun kelahiran saya. Bukan tepung, bukan telur tembelang mahupun air busuk yang disimbah ke badan. Bukan juga kad ucapan ataupun kek coklat.