Sunday, October 26, 2008

Malaysia kalah lagi?

Alahai Malaysia, pasukan bola sepak negara kita sekali lagi telah menempa kekalahan. Kali ini kepada pasukan dari negara jiran iaitu Vietnam yang mana bagi saya, Vietnam bukanlah pasukan yang kuat sangat kalau nak dibandingkan dengan Thailand. Tapi apakan daya, mungkin juga nasib tidak menyebelahi kita...(kalah penalti aje kan?)

Kalah atau menang, itu adat pertandingan bukan? Adat peperangan juga ada yang menang dan juga yang kalah. Bagaimana pulak dalam berjuang? wujudkah kalah atau menang? "Jika takut akan risiko, jangan bicara akan perjuangan" begitulah kata-kata seorang pejuang pejuang reformis yang tersohor di negara ini.

Saban hari, ada dua soalan yang selalu berlegar-legar di benak penulis. Dua buah pertanyaan ini cuba dicerna oleh otak saya agar mendapat jawapan yang logik dan konkrit. Soalan ini juga dituju kepada segenap saudaraku yang beriman secara umum. Dua pertanyaan tersebut: “Takutkah anda untuk berkorban?” dan “Maukah anda berjuang?”

Firman Allah

لِيَجْزِيَ اللهُ كُلَّ نَفْسٍ مَا كَسَبَتْ إِنَّ اللهَ سَرِيْعُ الْحِسَابِ
“Pada hari ini tiap-tiap jiwa diberi balasan dengan apa yang diusahakannya, tidak ada yang dirugikan pada hari ini. Sesungguhnya Allah amat cepat hisabnya.” (Ibrahim: 51)

إِنَّا لَنَنْصُرُ رُسُلَنَا وَالَّذِيْنَ آمَنُوا فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَيَوْمَ يَقُوْمُ اْلأَشْهَادُ
“Sesungguhnya kami menolong rasul-rasul kami dan orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia dan pada hari berdirinya saksi-saksi (hari kiamat).” (Al-Mu`min: 51)

يَا أَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوا إِنْ تَنْصُرُوا اللهَ يَنْصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ
“Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.” (Muhammad: 7)

Nah, jelas bukan ganjaran kepada yang sanggup berkorban? So...apakah soalan yang dua tadi masih gagal dijawab oleh kita? sebenarnya soalan tadi bukanlah berbentuk soalan akan tetapi lebih kepada provokasi dan motivasi kepada kita.

Wahai saudaraku sekalian, kita sebagai pemuda/pemudi/shababul muslim mestilah menyahut cabaran ini! Jangan hanya jadi batu mahupun pengkritik sahaja tetapi tidak lngsung mendokong perjuangan yang ada. Sedar dan bangkitlah!

Bagi yang telah berada di medan perjuangan, teruskan berjuang. Bagi yang baru ingin mencuba, janganlah ragu-ragu. Bagi yang masih belum lakukan apa-apa, mulakan melangkah satu persatu.. Ayuh, bangunlah menyahut seruan jihad dalam menegakkan agama yang suci ini! Jangan berlengah lagi!

Dunia
Akulah pemuda
Yang lahir dari rahim peradaban
Dibesarkan oleh zaman
Dididik oleh pengalaman

Dunia
Izinkan aku menyampaikan dengan jelas
Dengan tegar dan semangat
bahwa aku punya cita
Tak sekedar kata dan orasi
Tapi kerja nyata dan realisasi

dunia
Izinkan aku mengabarkan
Bahwa di tanah pertiwi ini
Masih ada pemuda yang peduli
Pada keadaan negeri ini
Dan aku pun rela . . .

Jika tubuh ini menjadi gontai karena lelah
Jika kulit kulit ini menjadi kusam dibakar matahari
Biarlah, dia menjadi saksi sejarah
Bahwa aku telah berjuang
Tuk ciptakan perbaikan

Bu, inilah anakmu
Yang melangkah gagah dengan pasti
Bu inilah jalanku

Bu,
Nyatanya jalan ini begitu panjang,
Begitu terjal dan curam
Tapi Bu, jalan ini telah kutapaki
Terjalnya telah ku awasi
Puncaknya kan ku daki
Izinkah aku, untuk berbakti
Kepada Islam yang ku cintai!

Dedi Setiawan & Dr. Yusoff, 10.12 a.m., 26 Oktober 2008

Monday, October 20, 2008

hebat??

Salam bicara...

"Akulah orang yang terkuat dalam empayar ini!" laung sang perwira sambil menghunus pedangnya. dia adalah pahlawan yang terhandal dalam jajahan empayar yang besar itu. setiap yang menjadi lawan, pasti rebah ke tanah terkulai tak bernyawa. mata pedang
yang tajam berkilau itu telah menamatkan riwayat beribu mangsa...

Adakah pahlawan di atas adalah orang yang hebat? Apakah definisi hebat? Siapakah yang menjadikan kita hebat? Adakah kehebatan itu hasil usaha dan penat lelah kita sendiri?

Teringat saya akan kisah Khalid Al-Walid yang dilucutkan jawatan sebagai panglima perang tentera Islam suatu ketika dahulu...kisah ini terjadi kerana musuh-musuh Islam pada ketika itu amat takut dan gentar jika mendengar nama Khalid Al-Walid. Semua musuh memuji dan memuja kehebatan panglima perang Islam tersebut hingga mengatakan hebatnya Islam kerana Al-Walid. Sayugia, Umar melucutkan jawatan tersebut daripada Al-Walid kerana ingin menyampaikan satu mesej yang amat penting kepada umat Islam dan umat Muhammad seluruhnya iaitu "Hebatnya Al-Walid bukan kerana dirinya, akan tetapi kerana Islam yang dianutinya!"

Firman Allah "Sesungguhnya orang yang paling mulia dalam kalangan kamu adalah orang yang bertaqwa"

Sunday, October 12, 2008

Pandainyee..!

Semasa sedang men’surfing’ tadi, terlihat blog seorang sahabat lama UiTM S.alam. Dia mempersoalkan mengapa kita tidak bersyukur bila kerajaan menurunkan harga minyak. Ditambah dengan dalil2 daripada al-Quran, tampak semacam kukuh hujahnya. Tapi sayang sekali nas2 yg digunakan disandarkan kepada skop yang dangkal lagi cetek. Sayang seribu kali sayang. Ilmunya banyak tapi digunakan di tempat yg salah.


beginilah lebih kurang coretannya...

Maka, apabila khabar berkenaan minyak petrol diturunkan sehingga RM0.20 seliter. Maka berteriakanlah sebahagian orang dengan kalimat-kalimat,

1 - “Apa punya kerajaan! Setakat Turun 20 sen baik tak payah. Sekali naik dahla sampai 78 sen. Sekali turun hampeh!”

2 - “Kedekut punya kerajaan! Ingat kami ni nak sangat ke minyak setakat turun 20 sen tu... Kami tak hairan la...”

Mungkinkah kalimat seperti yang tersebut dan seumpamanya adalah merupakan bentuk-bentuk kalimat yang lahir dari diri-diri manusia yang tidak mengenal ertinya syukur akan nikmat Tuhan-Nya?

Apakah kita tidak menyedari bahawa ia datang dan pergi dengan kehendak Allah?

“Dan apa saja nikmat yang ada pada kamu, maka dari Allah-lah (datangnya), dan bila kamu ditimpa oleh kemudharatan, maka hanya kepada-Nya-lah kamu meminta pertolongan. Kemudian apabila Dia telah menghilangkan kemudharatan itu dari pada kamu, tiba-tiba sebahagian dari pada kamu mempersekutukan Tuhannya dengan (yang lain), biarlah mereka mengingkari nikmat yang telah Kami berikan kepada mereka; maka bersenang-senanglah kamu. Kelak kamu akan mengetahui (akibatnya).” (an-Nahl, 16: 53-55)

Dengan yang sedikit mengapa kita tidak mahu bersyukur? Mahukan yang banyak pula?

“Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih”.” (Ibrahim, 14: 7)

“Mereka mengetahui nikmat Allah, kemudian mereka mengingkarinya dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang kafir.” (an-Nahl, 16: 83)

Maka, berhati-hatilah kita dalam mengendalikan lisan masing-masing, supaya terhindar dari melafazkan kalimat-kalimat yang mengakibatkan kufur kepada nikmat Allah.

"pemerintah mestilah berlaku adil terhadap orang yg diperintah"

Saudara-saudaraku sekalian, di sana terdapat banyak bukti yg sahih menunjukkan banyak lagi cara yg kerajaan boleh ambil selain naikkan minyak. Tapi mengapa pilih untuk naikkan minyak & bebankan rakyat sehingga kadar inflasi naik mendadak lantas menyebabkan ketidakstabilan ekonomi?

Sepatutnya sahabat kita ini perlu melihat dari sudut ekonomi jugak, jgn hanya guna ayat2 utk dikaitkan dgn isu. banyak lagi ayat2 dan hadith Rasulullah yg menuntut agar pimpinan melakukan yg terbaik untuk org yg dipimpin. Bukan menindas rakyat dengan cara yg tak sepatutnya! Bazirkan wang rakyat untuk 'pembangunan modal insan' yg natijahnya ntah apa2 dan pelbagai perancangan yg 'merapu' saja!-komen sy di dalam blognya.

Hmm...kita pulak mcm mana? Semestinya ketika berhujah kita menggunakan segala pengetahuan yg ada di benak kita. Adakah kita yakin yg hujah kita tadi disandarkan kepada nas2 dan dalil2 yg betul? Yg bertepatan dengan syara’ ataupun hanya sekadar mengikut hawa nafsu kita?

Selalu koreksi diri dan muhasabah adalah langkah yg paling tepat. Serta, isilah dada kita dgn ilmu…dan yg paling penting dalam mencari ilmu, ilmu agamalah yg terutama. Ilmu lain juga tak kurang pentingnya.

Sabda Rasulullah Sollallah Alaihi Wasallam “Menuntut ilmu itu adalah wajib ke atas setiap muslim dan muslimah”

Sentiasalah ingat bahawa ilmu-ilmu duniawi jika tidak dipandu dengan agama besar kemungkinan ilmu itu akan menyebabkan kita jauh terpesong dari agama. Dekati dan jiwailah agama yg kita imani dan sayangi ini.

Dan bukanlah iman itu terhasil dari angan-angan

Bukan jua hanya dijadikan perhiasan

Akan tetapi ianya diperoleh sang mujtahidan

Tumbuh mekar di dada, tersirna melalui amalan