“Dengan Nama Allah S.W.T. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah Ya Rabbul Izzati atas nikmat Iman dan Islam yang Engkau berikan, tidak terhitung nilainya. Selawat dan salam buat kekasih tercinta yang sentiasa dirindui, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’-tabi'in sekalian.
Sudah seminggu blog ini tidak di'update' ...bukannya tiada peristiwa atau bahan untuk dikongsikan bahkan terlalu banyak yang ingin diceritakan kepada semua. Macam-macam ada. Tapi tidak tertaip juga di atas 'keyboard' ini. Hari ini barulah diberi kekuatan untuk menulis...susahkan ingin istiqamah?
Topik yang ingin dikongsikan kali ini pun berkaitan istiqamah. Saya nak ulas isu ni dengan membawa satu cerita rekaan yang ada jugak kena mengena dengan yang hidup dan tidak ada kena mengena dengan yang sudah tiada. Kali ini cerita seorang penuntut universiti bernama Yusoff...
************
Pada suatu malam yang indah....usai saja program "Kursus Untuk Pendakwah" anjuran Islamic Center sebuah universiti di utara yang berjalan dengan lancar (pada pandangan umum,tapi bagi 'urusetia last minit' agak kelam kabut) semalam, diri ini terus menapak ke masjid...
Sampai saja di masjid, handset aku berbunyi, tertera mesej dalam inbox, "Ade dop usrah neh..sorg pn xde kt msjd ni", mesej daripada Qayyim adik usrahku. Kaki lekas mendaki tangga masjid. Sampai saja di muka pintu...terlihat kelibat 5 orang adik-adik usrahku sedang menunggu berdekatan tiang masjid, seorang baru saja selesai solat sunat, aku terus menuju ke arah mereka. Dipendekkan cerita...apabila yang lain-lain sudah sampai, usrah pun bermula...
"Malam ni kita akan bincang topik istiqamah...so abang nak antum semua kongsikan amalan yang setakat ini antum dapat istiqamah" kataku. "Abang tak nak antum sorok-sorok atau reka cerita ...cerita ja seikhlas yang mungkin dan bagitau target selepas ni" , tambahku lagi.
Maka seorang demi seorang adik-adik usrahku membuka mulut.
Pirdaus : "Ana setakat ni hanya dapat istiqamah baca Quran setiap hari, selepas solat berjemaah Subuh dan Maghrib, insyaAllah lepas ni nak istiqamah solat berjemaah setiap waktu " katanya dengan serius.
Hanaffi : "Emm...setakat ni ana dapat maintain solat berjemaah Subuh, Maghrib dan Isya' ja...baca Quran tiap-tiap hari..lepas ni nak cuba istiqamah baca surah al-Mulk sebelum tidur"
Pirdaus2 : "Ana pulak dok mengulang surah-surah yang pernah saya hafal dulu", dia kemudian menyebut beberapa surah. "Hmm...target nak pastikan diri solat berjemaah" sambungnya.
Asyroff : "Ana pun sama, dok mengulang balik surah-surah yang pernah hafal masa STAM dulu. Satu lg ana target nak qiam tiap-tiap malam...setiap malam ana kunci handset pukul 3 pagi...tapi...tak berjaya lagi stakat ni.. hehe" beritahunya sambil tersengih, semua ahli usrah ketawa berdekah-dekah...ada yang menambah, "Ana pun..."... "Susah bang...saya kunci jugak tiap2 malam"..."Saya pun tapi kadang-kadang ja bangun"
"Niat tu penting.." tambah Asyroff, yang lain kembali tergelak.
Dan yang lain-lain pun tak kurang hebatnya...istiqamah ma'thurat selepas Asar dan Subuh, baca al-Fatihah 7 kali sebelum tidur, baca ayat Kursi setiap kali selepas solat dan pelbagai lagi amalan-amalan lain. Dalam banyak-banyak aku tertarik dengan si Asyroff, dia solat hajat setiap kali selepas solat Maghrib sejak dari dia SPM lagi sampailah sekarang. Setakat ni baru miss dua tiga kali. Hebat!
Subhanallah...aku termalu dengan amalan adik-adik usrahku. "Bagus sungguh budak-budak ni" bisikku dalam hati. Aku sendiri biasa-biasa saja. Aku pulak, selain baca Quran dan lain-lain, yang aku slalu istiqamah, setiap kali aku melakukan sesuatu aku akan niat Lillahitaa'la (hanya keranaMu Ya Allah aku lakukan perbuatan ini).
Ikut la buat apapun, naik moto ka, main badminton, nak mesyuarat, hatta nak mandi. Dan setiap kali aku niatkan macam tu, terasa lapang sekali dada ini...seluas langit terbentang. Seronok betul rasa...halawatul iman?entahlah..
Ikut la buat apapun, naik moto ka, main badminton, nak mesyuarat, hatta nak mandi. Dan setiap kali aku niatkan macam tu, terasa lapang sekali dada ini...seluas langit terbentang. Seronok betul rasa...halawatul iman?entahlah..
Dan di akhir usrah, aku pun menyimpulkan "Rasulullah pernah bersabda : 'Sebaik-baik amalan adalah yang paling sedikit tetapi istiqamah'. So, abang nak berpesan kepada antum semua...pastikan amalan-amalan yang kita buat tu biar kita dapat istiqamah walaupun sedikit. Lantaklah orang nak kata apa pun, perli ka, gelak ka...janji kita dapat istiqamah. Boleh dak semua?"..."InsyaAllah boleh!!!" sahut adik-adik usrahku dengan bersemangat.
*************
Sekian saja cerita kali ini...
Rasulullah bersabda : "sebaik2 amalan ialah yg paling sedikit tetapi istiqamah..." Au kama qal
Saidina Ali b. Abi Talib r.a berkata : "barangsiapa yang menuruti hawa nafsunya maka bererti dia membantu untuk merosakkan dirinya sendiri". jadi elakkan diri kita dari perbuatan yg mengikut hawa nafsu/ melalaikan kita dari mengingati Allah tetapi jika perbuatan itu sebaliknya, maka istiqamah dalam melakukannya.
Rasulullah bersabda : "sebaik2 amalan ialah yg paling sedikit tetapi istiqamah..." Au kama qal
Saidina Ali b. Abi Talib r.a berkata : "barangsiapa yang menuruti hawa nafsunya maka bererti dia membantu untuk merosakkan dirinya sendiri". jadi elakkan diri kita dari perbuatan yg mengikut hawa nafsu/ melalaikan kita dari mengingati Allah tetapi jika perbuatan itu sebaliknya, maka istiqamah dalam melakukannya.
So, moral of the story...cubalah kita istiqamah dengan satu-satu amalan. Mulakan dengan sedikit pun dah elok, Jangan terlalu banyak takut nanti tak terbuat pulak. Ikutlah nasihat Nabi, "...sedikit tapi istiqamah". (^_^)
"Istiqamah jalan permulaannya adalah keselamatan, pertengahannya karamah dan pengakhirannya al-Jannah " ~ Hukama'
No comments:
Post a Comment