Monday, July 19, 2010

“Dengan Nama Allah S.W.T. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
 
Alhamdulillah Ya Rabbul Izzati atas nikmat Iman dan Islam yang Engkau berikan, tidak terhitung nilainya. Selawat dan salam buat kekasih tercinta yang sentiasa dirindui, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’-tabi'in sekalian.
 
Kali ni saya ingin berkongsi tentang pengurusan diri. Hal ini kerana sebenarnya pengurusan diri adalah amat penting dalam kehidupan kita seharian, ianya dapat menjadikan kita  lebih hebat ataupun luar biasa daripada orang lain. Bukan untuk berlagak tetapi untuk memaksimumkan nilai output dan potensi diri yang sebenar. Selamat membaca dan mempraktis!
 

Apakah maksud keterampilan diri?

Keterampilan diri adalah cara kita melihat diri sendiri. Ini termasuklah:
  • Kepercayaan
  • Pemikiran
  • Perasaan
Ini adalah cara bagaimana kita berhubung dengan diri sendiri dan orang lain.
Komponen keterampilan diri termasuk:
  • Penampilan secara fizikal
  • Pandangan anda terhadap diri sendiri dan pandangan orang lain terhadap diri anda
  • Perasaan harga diri dan keyakinan diri

Mengapa anda perlu mempunyai keterampilan diri yang positif?

Keterampilan diri yang positif membolehkan anda:
  • Mengenal dan menerima bentuk tubuh anda
  • Mempunyai harga diri
  • Berkeyakinan diri

Bagaimana anda tahu jika anda tidak mempunyai keterampilan diri?

Tanpa keterampilan diri yang baik, anda akan menjadi:

Apa akan jadi jika anda tidak berbuat apa-apa mengenai perkara ini?

Tidak berbuat apa-apa akan:
  • Memberi kesan ke atas harga diri dan keyakinan diri
  • Merosakkan hubungan sosial anda
  • Menjadikan anda sedih
  • Menjurus ke arah kegagalan anda sebagai orang dewasa

Bagaimana cara anda ingin mempertingkatkannya?

Lakukan yang berikut:
  • Buatkan senarai perkara-perkara yang anda suka dan tidak suka berkenaan dengan diri anda
  • Memperkasakan perkara yang anda lebih suka dan perbaiki perkara yang anda tidak suka
  • Jadikan anda berfikiran positif
  • Amalkan cara hidup sihat
  • Terima kritikan sebagai komen berguna
  
 
 
"There are no secret ingredients, you just have to BELIEVE it!"

No comments: