“Dengan Nama Allah S.W.T. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah Ya Rabbul Izzati atas nikmat Iman dan Islam yang Engkau berikan, tidak terhitung nilainya. Selawat dan salam buat kekasih tercinta yang sentiasa dirindui, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat Baginda dan tabi’-tabi'in sekalian.
Air mu mengalir
Walau apa halangan tiba
Tak berhenti-henti
Hingga sampai di laut nanti...
Walau apa halangan tiba
Tak berhenti-henti
Hingga sampai di laut nanti...
Pada tanggal 9 Oktober 2010, lebih kurang jam 10.29 malam...Rakan Masjid Sultan Badlishah Universiti Utara Malaysia dibubarkan secara rasmi oleh Presidennya saudara Afwan Afifi Bin Yahaya. Pada tarikh keramat itu jugak adalah mesyuarat yang kali terakhir buat Rakan Masjid, mungkin kali terakhir buat selama-lamanya.
"Ana ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan buat ahli Majlis Tertinggi dan juga para Exco serta Timbalan Exco yang memberikan komitmen dan sokongan sepanjang kita bersama. Jazakallahu Khairan Jaza' " -Mantan Presiden Rakan Masjid
###############
Di atas bumi ini ku berpijak
pada jiwa yang tenang di hariku
tak pernah ada duka yang terlintas
ku bahagia
ingin ku lukis semua hidup ini
dengan cinta dan cita yang terindah
di jalan dakwah yang penuh mendung
ku bahagia
dalam hidup ini
arungi semua cerita indah dan mendungku
saat-saat remaja yang terindah
tak bisa terulang
ku ingin nikmati
segala jalan yang ada dihadapku
kan kutanamkan cinta tuk Dia kekasihku
agar ku bahagia
pada jiwa yang tenang di hariku
tak pernah ada duka yang terlintas
ku bahagia
ingin ku lukis semua hidup ini
dengan cinta dan cita yang terindah
di jalan dakwah yang penuh mendung
ku bahagia
dalam hidup ini
arungi semua cerita indah dan mendungku
saat-saat remaja yang terindah
tak bisa terulang
ku ingin nikmati
segala jalan yang ada dihadapku
kan kutanamkan cinta tuk Dia kekasihku
agar ku bahagia
[edited from "Ku bahagia" by Melly Goeslow]
Hati ini berbunga-bunga selepas solat Isya' tadi. Seronok sungguh melihat adik-adik belajar memperbetulkan bacaan surah al-Fatihah dengan penuh bersemangat sekali.
"Ni...letak jari dekat halkum. Sebut ha' biar terasa dekat jari tu...bagi keluar angin dari kerongkong ni, baru betul" kataku dengan tegas sambil tersenyum. Kulihat keletah adik-adikku mencuba...ada yang jadi, ada yang tak menjadi. Masing-masing mencuba lagi.
"Haaaaa...payah be. Tak tubik pun angin" kata Che We dalam loghat Kelantan. Aku ketawa kecil.
"Cubo lagi...mesti boleh punyo..abe pun dulu pun serupo jugok..tak boleh sebut" balasku. Mereka pun terus mencuba. Bersemangat betul. Aku bangga melihat mereka, walaupun datang daripada keluarga yang biasa, tak mendapat didikan agama yang sempurna, tak bersekolah di sekolah agama ataupun sekolah arab, tapi tetap bersemangat ingin memantapkan ilmu agama dalam diri. Aku juga amat gembira kerana dapat mengajar dan berkongsi ilmu dengan mereka.
"Ok...kita sambung lagi next perjumpaan deh," kataku setelah lebih kurang 45 minit.
"Bagus dah tu, baru sekali jupo...dah banyok bulih. Nati kena baco bilik pulok la deh. Jange lupo praktis tu!" sambungku. Mereka tersenyum puas. Pelbagai makhraj huruf yang kuajarkan kepada mereka. Walaupun sebentar cuma, tapi banyak peningkatan dalam bacaan mereka.
"Jupo lagi deh abe esok-esok," kata mereka setelah kami bersalam-salaman.
"Bereh!," balasku sambil mengangkat tangan melambai. Aku menapak perlahan-lahan balik ke bilik sambil tersenyum. Ku Bahagia!~ (",)
"Bereh!," balasku sambil mengangkat tangan melambai. Aku menapak perlahan-lahan balik ke bilik sambil tersenyum. Ku Bahagia!~ (",)
"Khairukum man taa'llamal quran waa'llamah"
Maksudnya..."Sebaik-baik dalam kalangan kamu adalah sesiapa yang belajar al-Quran dan mengajarkannya kepada orang lain". Al-Hadith
1 comment:
Salam..sedak bunyi orghe kecek klate ni..hehehe
Post a Comment