Kalau menyentuh tentang topik ini, maka saya pasti mahasiswa UUM akan membebel dan meleter. Akan ada banyak pihak yang bertambah dosanya dek mengutuk dan mengumpat sebaliknya akan ada juga pihak yang bertambah pahalanya kerana dikutuk dan diumpat. Itu hakikat yang manusia mampu melihat. Namun segalanya berbalik kepada Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Adil lagi Maha Bijaksana.