Monday, September 29, 2008

Penhujungnya...

Assalamualaikum buat semua pembaca...

Di akhir Ramadhan ini, rata-rata orang Muslim di Malaysia masing-masing sibuk membuat persiapan untuk menyambut Hari Lebaran atapun hari kemenangan untuk umat Islam setelah sebulan berpuasa. Begitulah jugak jiran-jiran sekampung dengan saya...Macam-macamlah ragam yang dapat dilihat.

Ada yang sibuk membuat biskut raya-ntah ke berapa jenis dah yang dibuat, ada yang sibuk membakar lemang, ada yang sibuk membalut ketupat-ketupat susu,ketupat kacang,ketupat hitam, ketupat jagung dll, memasak rendang, kacau dodol dan sebagainya. Tak kurang jugak yang masih menjahit baju raya yang tak siap-siap sejak awal Ramadhan lagi, yang takdak baju raya pun ada dan yang lebih kelam kabut lagi yang masih dok pikiaq(fikir) mcam mana nak balik ke kampung!

Macam-macam kan keletah manusia nak menyambut raya ni? SubhanAllah, Maha Suci Tuhan yang menciptakan kita dengan pelbagai ragam...menjadikan dunia yang sementara ini terisi dengan sejuta macam rencah kehidupan. Macam-macam ada...

Sejenak...terdetik di hati saya, berapa ramai di antara kita sedar yang Ramadhan kali ini semakin meniggalkan kita...bulan yang pada malamnya terdapat malam yang lebih baik daripada seribu bulan...yang pada setiap detik di dalamnya terdapat limpahan rahmah yang tidak terkira banyaknya...dan yang siang dan malamnya terdapat sejuta keampunan. Terfikir pula akan amalan-amalan yang telah dilaksanakan di bulan yang mulia ini...cukupkah untuk menghapus segala dosa lalu? cukupkah untuk ianya mendidik hati kita yang keruh ini? ampuhkan untuk ianya dilazimi di bulan-bulan mendatang? Fikirkan..fikirkanlah sementara Ramadhan masih belum meninggalkan kita...fikirkanlah sementara gerbang maghfirah masih terbuka.

Mungkinkah Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yang terakhir buat kita...siapa tahu?

Wednesday, September 24, 2008

fakta + ilmu = hujah mantap?

Semasa sedang men’surfing’ tadi, terlihat blog seorang sahabat lama UiTM S.alam. Seorang pejuang Sunnah dan komited dalam gerak kerja. Oh ya, dlm post terbarunya, dia mempersoalkan mengapa kita tidak bersyukur bila kerajaan menurunkan harga minyak. Dia tetap dengan pendapatnya yg menyatakan kita patut bersyukur atas nikmat yg Allah berikan ini(minyak turun 15sen). Ditambah dengan dalil2 daripada al-Quran, tampak semacam kukuh hujahnya. Tapi sayang sekali nas2 yg digunakan disandarkan kepada skop yang dangkal lagi cetek. Sayang seribu kali sayang. Ilmunya banyak tapi digunakan di tempat yg tidak tepat. Mana logik jika kita mengatakan kita patut bersyukur jikalau ditipu dan ditindas? Sedangkan Islam tidak membenarkan kita menindas kafir zimmi yg diperintah, apatah lagi sesama muslim.

Udahla,biarkan dia dengan labu-labunya. Hmm...kita pulak mcm mana? Semestinya ketika berhujah kita menggunakan segala pengetahuan yg ada di benak kita. Adakah kita yakin yg hujah kita tadi disandarkan kepada nas2 dan dalil2 yg betul? Yg bertepatan dengan syara’ ataupun hanya sekadar mengikut hawa nafsu kita?

Selalu koreksi diri dan muhasabah adalah langkah yg paling tepat. Merujuk kepada yg mengetahui adalan amalan yg cukup bagus untuk dipraktikkan.

Firman Allah, mafhumnya..."Maka bertanyalah kepada mereka yg mengetahui sekiranya kamu tidak tahu"

Serta, isilah dada kita dgn ilmu…dan yg paling penting dalam mencari ilmu, ilmu agamalah yg terutama. Ilmu lain juga tak kurang pentingnya. Rasulullah Sollallah Alaihi Wasallam pernah bersabda : “Menuntut ilmu itu adalah wajib ke atas setiap muslim dan muslimah”

Oleh itu, sentiasalah ingat bahawa ilmu-ilmu duniawi jika tidak dipandu dengan agama besar kemungkinan ilmu itu akan menyebabkan kita jauh terpesong dari agama. Dekati dan jiwailah agama yg kita imani dan sayangi ini.

Dan bukanlah iman itu terhasil dari angan-angan
Bukan jua hanya dijadikan perhiasan
Akan tetapi ianya diperoleh sang mujtahidan
Tumbuh mekar di dada, tersirna melalui amalan

continued...

Ya...ahlan wasahlan wamarhaban bikum...
selamat melawat blog Dr. (^_^)