Tuesday, October 12, 2010

Orang yang terbaik dalam kalangan kamu...

“Dengan Nama Allah S.W.T. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
 
Alhamdulillah Ya Rabbul Izzati atas nikmat Iman dan Islam yang Engkau berikan, tidak terhitung nilainya. Selawat dan salam buat kekasih tercinta yang sentiasa dirindui, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat Baginda dan tabi’-tabi'in sekalian.

Air mu mengalir
Walau apa halangan tiba
Tak berhenti-henti
Hingga sampai di laut nanti...


Pada tanggal 9 Oktober 2010, lebih kurang jam 10.29 malam...Rakan Masjid Sultan Badlishah Universiti Utara Malaysia dibubarkan secara rasmi oleh Presidennya saudara Afwan Afifi Bin Yahaya. Pada tarikh keramat itu jugak adalah mesyuarat yang kali terakhir buat Rakan Masjid, mungkin kali terakhir buat selama-lamanya. 

Tuesday, August 31, 2010

Yea Yea...Raya!


“Dengan Nama Allah S.W.T. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
 
Alhamdulillah Ya Rabbul Izzati atas nikmat Iman dan Islam yang Engkau berikan, tidak terhitung nilainya. Selawat dan salam buat kekasih tercinta yang sentiasa dirindui, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’-tabi'in sekalian.

Salam Ramadhan...

 
Ramadhan pada tahun ini telah memasuki hari ke-20, umat Islam di Malaysia kebanyakannya sibuk membuat persiapan untuk menyambut hari Raya Eidulfitri. Lagu-lagu raya ligat kedengaran di corong-corong radio, dan laptop-laptop (student U). Alangkah sedihnya...

Wednesday, August 25, 2010

Ramadhan Al-Mubarak

“Dengan Nama Allah S.W.T. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah Ya Rabbul Izzati atas nikmat Iman dan Islam yang Engkau berikan, tidak terhitung nilainya. Selawat dan salam buat kekasih tercinta yang sentiasa dirindui, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’-tabi'in sekalian.

Salam Ramadhan...


Apa sahaja ciptaan Allah di dunia ini adalah sebagai petunjuk dan dalil bagi menjuruskan manusia ke arah mengenali-Nya serta mengabdikan diri kepada-Nya, juga mengenali di antara makhluk sesama makhluk. Allah menerangkan di dalam wahyu-Nya bahawa Allah jadikan manusia berbagai-bagai bangsa dan suku supaya mereka saling kenal mengenali di antara satu sama lain. 

 Firman Allah bermaksud:
"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-la
ki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal".
Surah al.Hujurat (13)

Kehidupan seorang muslim tidak dapat tidak hendaklah mempraktikkan segala ilmu yang dipelajarinya...itulah kesan ilmu : amalan.
Dalam mempraktikkan ilmu yang saya pelajari ni, maka di bulan Ramadhan yang sedang berlangsung ini, saya dan sahabat saya Firdaus telah berbuka puasa di rumah sahabat dari Algeria. Ditambah dengan kehadiran sahabat-sahabat dari China dan juga Sri Langka. Alhamdulillah, sungguh seronok dan meriah. Lihatlah gambar-gambar di bawah. Enjoy these pics!



Solat Maghrib di surau Maybank
Tengok..meriah betul kan.aha. Born apetite!
Nama lauk ni...er..lupa dah.
Salathoh
Popia ubi (saya yg bg gelaran.hehe)
Dessert

Wednesday, August 4, 2010

Teruskan...




"Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.

Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.

Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.

Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.

Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu."









sumber: joie de vivre!

Saturday, July 31, 2010

Susah kah...?


“Dengan Nama Allah S.W.T. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah Ya Rabbul Izzati atas nikmat Iman dan Islam yang Engkau berikan, tidak terhitung nilainya. Selawat dan salam buat kekasih tercinta yang sentiasa dirindui, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’-tabi'in sekalian.

Sudah seminggu blog ini tidak di'update' ...bukannya tiada peristiwa atau bahan untuk dikongsikan bahkan terlalu banyak yang ingin diceritakan kepada semua. Macam-macam ada. Tapi tidak tertaip juga di atas 'keyboard' ini. Hari ini barulah diberi kekuatan untuk menulis...susahkan ingin istiqamah?

Topik yang ingin dikongsikan kali ini pun berkaitan istiqamah. Saya nak ulas isu ni dengan membawa satu cerita rekaan yang ada jugak kena mengena dengan yang hidup dan tidak ada kena mengena dengan yang sudah tiada. Kali ini cerita seorang penuntut universiti bernama Yusoff...